Saving East Turkistan project
Peace and liberty for East Turkistan.
Choose language
Choose language

Top
Top
Bottom>>

Peace and liberty for East Turkistan.

Adakah anda tahu Negara yang dimanakan Turkistan Timur?
Negara ini bukan anggota Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan tidak dipetakan.
Kebiasaannya kawasan ini dinamakan "Kawasan Autonomi Uyghur Xinjiang".

Kawasan ini terkenal untuk Laluan Sutera di mana budaya asia dari Timur dan Barat berjumpa, tetapi mereka tetap mengamalkan budaya dan amalan mereka masing-masing. Waubagaimanapun, kawasan ini dijajah oleh Dinasti Qing pada durun ke-18, selepas itu menjadi jajahan sepenuhnya dan dinamakan "Xinjiang" yang bermaksud "Jajahan baru" pada kurun ke-19.

Semasa perang saudara yang disebabkan oleh Tentera tidak rasmi Hoi, Tentera Soviet, Kerajaan Xinjiang dan lain-lain lagi.
Negara Turkistan Timur telah merdeka sebanyak dua kali, Republik Islam Turkistan Timur dijumpai pada 1933 di bawah kuasa Ulama dan hanya bertahan selama 6 bulan.
Pada 1944 askar Turkistan cuba untuk memerdekakan Republik Turkistan Timur. Tetapi selepas setahun kemudian, Turkistan Timur dipaksa masuk dalam Kerajaan Xinjiang kerana Perjanjian Rahsia Yalta antara kerajaan Soviet dan Parti Nasionalis China. Selepas itu, Bekas ketua Turkistan Timur telah dihukum bunuh dan negara ini hilang dan di lupakan.

Pada suatu ketika, kawasan ini dijajah oleh Parti Komunis China selepas memenangi peperangan dengan Parti nasionalis China.
Disebabakan perperangan itu ramai rakyat Turkistan Timur terbunuh.

  • Jutaan rakyat dipaksa untuk melakukan pengguguran atas dasar "Perancangan keluarga"
  • Mlebih dari 45 ujian Nukleur dan kesan radioaktif telah membunuh sejumlah besar rakyat.
  • Lebih dari sepuluh ribu orang telah dibunuh atas dasar "penjenayah Politik".

  • Rakyat Turkistan Timur masih lagi dalam tekanan China. Selepas kejadian 11 September lebih ramai rakyat dipenjarakan dan dibunus atas alasan "Penjenayah Politik".
    Budaya yang unik, bahasa dan adat resam hampir lenyap disebabkan kedatangan kaum Han dan juga disebabkan polisi penghapusan etnik.

    Walaubagaimanapun, kejadian ini tidak diketahui oleh dunia.
    Masyarakat dunia hanya memandang masalah di Iraqi, Parti Komunis China hanya sibuk dengan masalah Tibet dan Taiwan sahaja.
    Walaubagaimanapun, sehingga sekarang rakyat Turkistan Timur masih sengsara.

    Apa yang kita boleh lakukan terhadap rakyat Turkistan Timur? Satu suara memang tidak mencukupi.
    Walaubagaimanapun, kita boleh memberitahu keseluruh dunia dan bergabung untuk membantah dan menentang China untuk memberi sokongan kepada Turkistan Timur.

    China tidak mengarahkan tenteranya untuk menentang Turkistan Timur tetapi juga keseluruh negaranya. Kesengsaraan rakyat Turkistan Timur adalah masalah kita bersama.

    Sekarang, biarkan seluruh dunia tahu tentang kesengsaraan rakyat Turekistan Timur dan membantah menentang China!


    Harapan kami agar keamanan dapat dicapai di Turkistan Timur dan seluruh dunia.

    Top >>
    Saving East Turkistan project